<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/css/navbar/classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/12749228460452436097" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8152149899318464739?origin\x3dhttp://kristal4.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3912990342876537107&blogName=Everyday%2C&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Fbeautifullyengraved.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Fbeautifullyengraved.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div> Kristal4 ♥
Kristal4.blogspot.com ; Y

Selamat Datang


Selamat datang ke blog kami, kristal4.blogspot.com =)

.Khamis, April 10, 2008 ' 3:19 PTG Y



Minggu lepas, pada hari Isnin dan Selasa, akhirnya kami harus membuat pembentangan tentang projek kami. Pembentangan kami dibuat pada hari Selasa. Kami harus memberi markah kepada kumpulan lain. Cuma dua kumpulan sahaja yang membuat pembentangan hari ini.Sekarang kami sudah selesai dengan projek melayu. Itu sahaja.


Ditulis oleh: Rahimah

.::Kristal4::.


.Khamis, Mac 27, 2008 ' 11:50 PG Y

Perlawatan ke Sri Warisan

Perlawatan ke Sri Warisan studio amat menyeronokkan dan menarik. Kami berjumpa dengan seorang dari kumpulan itu dan kami dibawa ke tingkat dua untuk melihat wayang kulit. Dia beritahu tentang wayang kulit, alat muzik dari kumpulan muzik Gamelan dan dia menceritakan tentang bagaimana wayang kulit bermula dan dimana. Wayang kulit berasal dari Jawa atau Indonesia dan ia bermula dari tiga ribu tahun yang lalu. Dia membuat persembahan tentang bagaimana Singapura mendapat namanya. Setelah itu, kami diberi peluang untuk mengalami hidup seorang tok dalang. Setelah itu, kami pun keluar dari studio itu dan terus menuju ke bas. Sebelum kami ke studio itu, bas yang kami naiki mengalami masalah kerana dia tidak boleh masuk ke dalam jalan raya itu jadi dia harus menurunkan kami di sesuatu tempat dan kita harus berjalan ke studio itu. Setelah menaiki bas selepas kami pergi ke studio itu, kami diberi makanan dan minuman. Kami tiba di sekolah dan terus membawa beg sekolah kami dan kami pulang ke rumah.

.::Kristal4::.


. ' 11:46 PG Y



Pada hari selasa,25/3/08, kami telah pergi ke Sri Warisan. Di situ,ada seorang dari kumpulan Sri Warisan mengajar kami tentang wayang kulit dan barang-barang yang digunakkan semasa persembahan. Setelah di situ, kami telah bermain dengan patung-patung dan alat muzik.Saya harap saya dapat pergi ke Sri Warisan lagi.



Ditulis oleh: Ainee

.::Kristal4::.


. ' 11:44 PG Y

Pelawatan ke Sri Warisan Studio.

Pelawatan ke Sri Warisan studio sungguh seronok. Saya sudah belajar banyak tentang wayang kulit. Setelah melihat barang-barang yang perlu berada di wayang kulit, seorang dari kumpulan Sri Warisan mengajar tentang barang-barang itu. Dia juga membuat persembahan wayang kulit. Saya harap saya dapat pergi ke Sri Warisan studio sekali lagi.

Dibuat oleh Faezah 1A2.

.::Kristal4::.


.Rabu, Mac 26, 2008 ' 9:02 PTG Y



Semalam kami pergi ke taman warisan untuk menonton wayang kulit. Kami menaiki bas ke sana. Bas yang kami naiki tidak boleh masuk ke sesuatu lorong yang amat kecik untuk memasuk. Jadi, kami terpaksalah jalan kaki di tempat itu. Kami perlu menanggal kasut untuk memasuki ke tempat itu. Tempatnya amat berselerak kerana mereka belum menyusun alat-alat yang digunakkan untuk wayang kulit. Seorang pekerja Sri Warisan yang bernama Abang Yan tunjuk ajar kepada kami. Abang Yan membuat persembahan cerita bagaimana Singapura dapat namanya. Wayang kulit menggunakkan idea yang kreatif. Kami juga diberi peluang untuk memegang alat-alat yang digunakkan untuk wayang kulit seperti patung-patung dan alat musik. Sebelum persembahan Abang Yan, dia mengajar kami tentang wayang kulit. Kami mempunyai masa untuk melihat sekeliling tempat Sri Warisan itu selepas persembahan itu tamat. Kami menaiki bas. Cikgu Noraini belanja kami 'burger' mcdonald. Kami makan di dalam bas. Sungguh enak.:D. Sebelum saya belajar tentang wayang kulit, saya fikir ia membosankan. Tetapi selepas belajar tentangnya, saya berasa ia tidak membosankan. Ia sungguh seronok. Saya amat gembira kerana saya menerima peluang untuk pergi ke Sri Warisan. Terima kasih kepada Cikgu Noraini kerana membawak kami belajar tentang wayang kulit. :D. Saya harap saya berpeluang untuk pergi ke sana atau lain-lain tempat yang menarik lagi.:D

Ditulis oleh: Rahimah

.::Kristal4::.


. ' 11:52 PG Y



Hari ini, Cikgu Noraini membawa kami ke makmal komputer. Kami perlu berkongsi makmal komputer dengan kelas lain. Kami juga perlu berkongsi tempat duduk... Ia sangat sempit... Seseorang dari kumpulan kami tidak hadir sekolah ia itu Faezah. Cikgu Noraini menukar hari pembantagaan ke minggu hadapan pada hari Isnin dan Selasa. Hari ini kami tidak boleh menghabiskan slaid pembentangan kami kerana komputer itu hanya boleh memasukkan disket. Itu sahaja.



Ditulis oleh: Rahimah,Azlinah&Ainee

.::Kristal4::.


.Rabu, Mac 19, 2008 ' 12:11 PTG Y

Resipi Roti John Ketiga

Bahan-bahan:-
Roti perancis
1 tin besar sardin
5 biji telur
Minyak untuk masak
Garam
Sos tomato/cili
Lada hitam
Serbuk perasa
Sekeping asam keping

Bahan untuk dipotong
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan
Bawang besar dihiris
Tomato dihiris
Timun dihiris
Daun salad
Mayonis
Sos cili

Cara-caranya:-

  1. Tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan sardin, asam keping dan sos tomato/cili.
  3. Tambah garam dan serbuk perasa. Jika mahu enak tambahkan sedikit sos tiram
  4. Setelah masak, hancurkan kesemua sardin tadi dan biarkan dalam satu bekas.
  5. Dalam bekas yang lain, pecahkan dan pukul telur, masukkan sedikit sardin hancur tadi dan kacau rata.
  6. Potong melintang roti tadi, sapukan mentega.
  7. Panaskan kuali leper, letakkan minyak dan ratakan sedikit campuran sardin dan telur di atasnya.
  8. Dengan cepat letakkan roti dan tekan sedikit di atas bahan campuran sardin tadi bagi memastikan bahan tadi melekat dengan roti.
  9. Ulangi sehingga sardin dan roti habis. 10. Hiaskan dengan timun, tomato , mayonis dan sos cili.

.::Kristal4::.


Tentang Kami

Kristal4 ♥

Kumpulan kami terdiri daripada
Azlinah [1A1]
Rahimah [1A1]
Faezah [1A2]
Ainee [1A2]

Blog ini direka khas untuk projek kami yang bertemakan "Roti John".


Informasi Tentang Roti John

Roti John ♥

Roti John pertama direka oleh Federal John. Roti John merupakan suatu hidangan yang kebanyakan dijual di pasar malam. Ia juga terkenal di antara masyarakat Melayu dan juga bangsa asing di Singapura.

Resepi Roti John

Resipinya ♥

Resipi ibu Azlinah.

1. Roti perancis
2. Sedikit garam
3. Cili boh
4. 8 biji telor
5. Daun sup
6. Daun bawang
7. Sedikit serbuk lada putih
8. Daging yang telah dikisar

Resepi Ustazah Masruroh.

1. Daging Cincang
2. Keju (jika mahu letak)
3. Serbuk kari
4. Roti
5. Telur
6. Sayur (jika mahu letak)
7. Bawang

Resepi dari lelaman web

1. Roti Perancis
2. 1 tin besar sardin
3. 5 biji telur
4. Minyak
5. Garam
6. Sos tomato atau sos cili
7. Lada hitam
8. Sekeping asam
9. Serbuk perasa


Bicara Anda

Komen




Lelaman Blog


Musik

Berkumandang


Kredits

Terima Kasih

Designer - blend-ed.notes♥
Others -x o x o .